Wednesday, January 20, 2010

Uwais suka buat...

Hobi uwais sekarang suka mewarna walaupun uwais taklah mewarna dengan betul, malah memegang pensil warna pun belum mahir.. hihii.. cumanya sekarang umi nampak minatnya sudah ada untuk aktiviti seni itu.. Masa singgah ke pasar malam berhampiran rumah Mak Ngahnya tempoh hari, uwais meminta ummi belikan buku mewarna serta sticker Upin & Ipin. (memang pantang nampak buku2 sebenarnya si uwais ni..). Tambah pula Mak Ngahnya kata nak bagi pada uwais pensil warna yang ada lebih dari simpanan K.Amni, anak bongsunya hasil dari hadiah2nya dari tadika.. Maka, kemana-mana dia pergi, mesti ingat bukunya tu.. bawa tu ada gaya lak tu.. kepitkannya di celah bawah ketiaknya.. sebijik gaya abinya..!! haha


Uwais juga suka main kenal2 anggota tubuh dan derianya.. macam gigi, hidung, mata, kepala, rambut, telinga, tangan, kaki dan perut! Dia akan buat gaya untuk setiapnya.. kalau gigi, senyum nampakkan giginya lah. kalau hidung, buat hembus kuar angin. kalau mata seperti biasa buat aksi mata juling ke atas dan sebagainya. haha

dari jordan ke malaysia.. tak berenggang dengan anak 'tiger'nya@'cat'nya tu.. huhu

Alhamdulillah banyak dah perkara yang dia belajar dan banyak juga butir perkataan yang dia dah boleh sebut. Mak Tehnya juga kadang2 ajarkannya juga sebutan bunyi huruf mengikut english learning ;). Bila tengok dia dah minat untuk belajar ABC ni, kami terjumpa laptop kecil yg agak murah yang mengajar kanak2 mengenal huruf dan nombor sambil berhibur. Kalau boleh kami nak tanamkan sikap dan minat membaca dan belajar dalam dirinya sedari usia kecilnya ni. Bukan memaksa tapi mengajak bersama-sama supaya dia tak rasa bosan..! :) Moga usaha ini menjadi loncatan untuk terus tersemat dalam dirinya di masa-masa mendatang, insyaAllah..

mari abi ajarkan..

Dan buat abi tersayang, teruskan melangkah tanpa rasa ragu di hati demi sebuah kejayaan yang bakal dikecapi. Yang pastinya Usaha, Doa dan Tawakal, insyaAllah kejayaan itu untuk dunia dan akhirat..


Sekian dulu...
Salam Rindu selalu.. ;)

Monday, January 18, 2010

Bayt Amzar Al-Malizi 2..

Assalamu'alaikum wrt...

Harap semua sahabat ceria dan bahagia selalu..

erm, masa sekarang amat terbatas buat hubby yang sedang tekun dan berusaha untuk penulisan tesisnya.. untuk tesis PhD nya ini amat mencabar baginya dan menuntut umi dan uwais cuba memahami akan situasinya kini.. Berusahalah abi.. jangan mengalah dan patah semangat.. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.. moga rahmatNya sentiasa bersamamu..amiin.

___________________________________________

Jumaat baru ni kami ke Bukit Mahkota, Kajang (tempat tinggal lama kami sebelum ke Jordan) untuk berjumpa keluarga sahabat baik kami, Ust Ghazali dan Usth Rosilawati (abu dan ummu 'ammar). Sementara hubby ada urusan di USIM dan KUIS.

Di rumah mereka, ummi sempat masakkan nasi mansaf buat hidangan tengahari kami atas permintaan ummu 'ammar yang menghitung hari untuk melahirkan putera kedua mereka. Alhamdulillah.. walaupun tak seratus peratus serupa mansaf di Jordan, menjadilah juga.. ;)

Ummu 'Ammar juga ada suggestkan kami baca buku PhD Kecil tapi signifikan tulisan Muhd Kamil bin Ibrahim yang sedikit sebanyak memberi satu semangat dan inspirasi dalam menghadapi cabaran-cabaran PhD ni. Umi sempat juga baca seimbas lalu.. memang bagus dan sekurang-kurangnya umi dapat faham situasi abi sekarang.. isteri mana tak susah hati dan gelisah bila mana melihat sang suami tercinta sedang dalam kesulitan.. kalau boleh nak bantu tapi hubby kata berikan sokongan moral dah cukup baginya. Serta doa untuknya.. kini saya benar-benar memahami perasaan sahabat2 lain yang suaminya juga menyambung pengajian ini setelah saya sendiri alaminya....


bergambar kenangan di hadapan kediaman mereka

abu 'ammar dan abu uwais.. 2 sahabat akrab..
___________________________________________

kami juga berkesempatan mencuri masa untuk bertemu ust Zul dan Diyana yang juga pernah mengembara ilmu di bumi anbiya' tahun lalu.. Sambil hubby menyampaikan kiriman untuknya dan bertukar-tukar buah fikiran.. Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan Diyana dan babynya, Syifa' yang kini sudah 6 bulan usianya.. erm, abgnya, Uwais al-Qarni juga pun dah besar..! :)

uwais dan 'ammar bergambar bersama baby syifa'..

jalinan ukhuwwah.. :)

Alhamdulillah.. Diyana kini sedang mengusahakan bisnes onlinenya..menjual tudung2 wanita terkini dari turkey.. kami ucapkan semoga bisnesnya berkembang dan berjaya insyaAllah.. chayok2x!!! :D. Buat sahabat2 kami, bolehlah ziarah blog Diyana di http://tudunguntuksemua.blogspot.com/.

______________________________________________

Ha, beralih pula ke cerita Uwais Amzar dan adik 'sepupu kembar'nya.. Taqif Amsyar.. Uwais sangat sayangkan bubu amsyar.. umi tengok dia pandai layan dan main bersamanya.. berbeza kalu dia main dengan teman2 sebayanya.. ada saja masa gaduhnya.. haha.. erm..dah boleh jadi abg ni.. ;)





ceria 2 'sepupu kembar'..hehe..


Sekian dahulu..
salam rindu buat semua di Jordan.. :)

Tuesday, January 12, 2010

Bayt Amzar Al-malizi

Assalamu'alaikum wrt..

Salam rindu pada sahabat semua... Lama betul tak update blog ni.. Selepas tiba di Tanah Air tercinta 2 minggu lalu, umi tak sempat2 menjenguk internet pun.. Alhamdulillah sekarang sudah berada di rumah kakak kembar umi di Cheras, dapatlah juga luangkan sedikit masa ni.. :)

Oleh kerana umi mendapat permintaan dari mama Hanin untuk update terkini uwais, maka umi updatelah sikit gambar2nya sepanjang berada di bumi Malaysia..

Di Queen Alia Airport, Amman.. sebelum bertolak.. salam wida' bersama family ust syed dan K.Pah.. untuk anak sulungnya..

ni masa di sekitar Airport dan transit 9 jam di Kuwait.. di Hotel Safir.. amat selesa!! :D


Tengoklah uwais ni.. seleranya sungguh tak disangka.. menjamu selera di Hotel Safir ketika transit..



jalan-jalan sebentar ke Planetarium Negara sebelum bertolak ke JB malamnya.. :) bersama family kakak kembar umi..


uwais lena di bawa jalan-jalan dalam kereta abi.. ;)

Bersama family JB.. berkawan baik dengan sepupu seusianya, Lokman Hakim :D


Di Pahang pula.. Uwais sempat menghantar sepupunya, Along Hafiz mendaftarkan diri ke tingkatan 1 sek men agama Chenor.. :) dapat berjumpa sekali dengan 2 org mak sedaranya, acik Ah dan mak su yang turut belajar di sana.. :)


Ahaa.. yg ni tengah dipotong rambutnya oleh Pak andaknya.. bagi pendek ala-ala askar gitu..hehe.. relax je dia.. haha

Tada... inilah fesyen rambut uwais sekarang..!!! suka dia!!



Rindunya uwais.. especially buat kakak Haninnya dan temannya, Irfan.. :) semoga Hanin dan Irfan sihat2 selalu ye.. :)



Note: Mabruk kami sekeluarga ucapkan buat Ust Mus'ab dan Ain atas kelahiran putera sulung mereka yg sangat comel, Nu'aym.. moga bertambah2 seri keluarga dan beliau menjadi harapan yang diimpikan oleh kedua-dua walid dan mamanya.. amiin.. :). Ain, selamat berpantang ye.. jg Diri baik-baik.. x sabo nak jumpa baby nanti..


{salam Rindu selalu buat semua sahabat di bumi Urdun.. :D
}

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”