Friday, October 30, 2009

BERSABARLAH..

HENDAKLAH BERSABAR KETIKA MENGHADAPI UJIAN ALLAH S.W.T.

Setiap manusia pasti akan menghadapi liku-liku putaran hidup bagaikan roller-coaster. Adakalanya kita berada megah di atas dan adakalanya kita berduka di bawah. Kedua-duanya sebenarnya merupakan ujian bagi kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini agar dapat dikenal-pasti siapakah di antara kita yang paling berkualiti amalnya menerusi cara kita menghadapi ujian-ujian tersebut.

Firman Allah S.W.T.: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2

Ujian daripada Allah S.W.T ini meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka. Malah ujian bagi hamba-hamba-Nya taat adalah lebih hebat berbanding dengan mereka yang engkar. Rasulullah s.a.w pernah di tanya: Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)

Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya.
Firman Allah S.W.T.: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157.

http://al-fikrah.net/News/print/sid=326.html

Thursday, October 29, 2009

Winter Time

Jordan will switch to wintertime on Friday, October 30. Clocks are to be set back by one hour as of midnight Thursday, October 29, making the Kingdom two hours ahead of Greenwich Mean Time - JT

source: Jordan Times


Syitaa' is coming.. huhu ;)

Sunday, October 25, 2009

Syitaa'..Sejuk..Winter..

Entry santai...

Sekarang sudah hampir penghujung bulan oktober.. petanda kepada bermulanya musim sejuk mahu bertamu semula... huhu.. kesejukan itu mula terasa lebih-lebih lagi bila di dalam rumah.. terasa sejukkk saja.. kalau tak banyak kerja harian, mulalah rasa menggigil tu datang menerpa..huhu.. uwais pula dh mula datang 'flu'nya sikit2.. sejuklah tu.. Ini baru permulaan episod winter.. belum dikemuncaknya.. tapi kami tetap sukakan winter.. kerananya tetap istimewa.. selain dapat merasa dan melihat bakal panorama salji yg putih menutupi pohon2 pokok, bumbung rumah, jalan raya sebagainya.. walaupun itu kemungkinan saja kerana pada tahun lepas, salji tidaklah setebal yg sebelumnya.. sedikit saja..

dan mungkin juga pada hujung bulan ini, waktu di sini akan bertukar iaitu dianjakkan sejam awal dari masa asalnya.. (beza masa sekarang dengan Malaysia 5jam pada musim panas, manakala beza 6 jam pada musim sejuk..)

aik..dah pakai baju sejuk ke.. ooo..buat iklan hp yer.. hehe


ahlan Syitaa'... ;)



Note: Moga dipermudahkan segala urusannya..amiin ya Rabb..

Thursday, October 22, 2009

Tip Sihat: Manfaat Berjalan Kaki

Salam Sejahtera.

http://www.tipsihat.com/
-------------------------------------
Manfaat Berjalan Kaki
-------------------------------------



RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu
lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.

Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak
manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.

Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di
Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.

Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

# Berat badan stabil

# Menurunkan berat badan

# Risiko elak serangan jantung

# Angin ahmar atau strok

# Mencegah kencing manis

# Mencegah osteoporosis

# Meredakan sakit lutut

# Tekanan

# Kanser


---------------------------------------------
Tips Senaman Berjalan Laju
--------------------------------------------

# Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa

# Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata

# Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju

# Gerakkan lengan ketika berjalan

# Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu

# Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman


ikhlas,

En Razif Yusof
www.tipsihat.com

Monday, October 19, 2009

Uniknya Open House PPMAj

Assalamu'alaikum wrt..

Salam Bahagia semua.. :)

Jumaat (16 okt) baru-baru ini kami, warga Melayu Sweileh, Amman ikuti program open house PPMAj yg dikendalikan oleh badan induk pihak PPMAj sendiri. Open House PPMAj ni lain dari lain sikit. Tercipta satu kelainan dari program rumah terbuka yg sebelum ini. Kalau biasanya orang adakan open house di rumah atau di dewan, tapi bagi open house PPMAj ni telah diadakan di luar kawasan Sweileh tempat tinggal kami apatah lagi di rumah salah seorang ahli. hihii.. Apa yang uniknya..?? Ha, open housenya di kawasan santai..yang terdapat diantaranya pengaliran air dari air terjun, bukit2 dan sedikit pohon2 yang hidup disekitarnya. Biasalah negara arab, susah sikitlah nak jumpa pohon2 hijau merimbun.. ;) nak jumpa ada saliran air ni pun susah jg.. Tetiba di wadi Syuaib ni ada pula air ala-ala Sungai congkak, Sungai Ulu Yam etc macam kat Malaysia.. :) walaupun airnya tidaklah sehebat di malaysia.. Actually wadi ni adalah saliran untuk pertanian setempat di musim panas. Dan tempat perkelahan keluarga juga bagi masyarakat arab.

faheem, khairi dan syahirah..

Yang seronoknya anak-anaklah.. lama benar tak jumpa air sebegini..main sakanlah depa dalam air ni.. :D Memang seronok tengok Faheem, Khairi, Syahirah main air bersama. Gembira betul mereka! Hanin dan Irfan pun tak ketinggalan termasuk mama hanin dan ummi faheem temankan anak-anaknya bermain.. Cuma uwais je yang tak mahu turun ke air..huhu. Macam uminya juga takde mood nak turun main.. hehe..

uwais tengok dari jauh je..

dan yg ni pula.. err.. rajinnya baca buku..!! anak bujang sapa ni ye.. hihii ;)

Seawal lebih kurang pukul 7am pagi kami bertolak ke sana dengan menaiki bus sekolah yg dipandu oleh Abu Walid yang disewa khas. Hampir sejam juga sampai mahu ke sana.

Sesampainya kami di sana, sudah ada beberapa orang committee yang sudah pun menunggu ketibaan kami. Oleh kerana tempat aktiviti kami di seberang laluan air, kami semua terpaksa lalui sedikit 'adventure' untuk menyeberangi laluan air tersebut. huhu.. Tapi semuanya berjalan lancar, alhamdulillah.. :)

Tentative Program..

Sedang program bermula, committee yang di bahagian masakan, sudah pun mula bakar sate untuk jamuan 'raya' kami :).




Bakar Sate sama-sama..

Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh pengerusi majlis, sdr. Syed Usamah serta diikuti sedikit ucapan dari Pengarah program, sdr. Qudratullah. Seterusnya ucapan dari wakil MSD, Ust Arman Md Rusoff yang tiba bersama pemandunya. Oleh kerana masih banyak program dan jemputan yang beliau perlu penuhi, Ust Arman memohon diri untuk meninggalkan majlis setelah sempat menjamah beberapa cucuk sate yang telah siap dibakar.

sdr Qudratullah selaku pengarah program yg dilantik

Ust Arman, atase pendidikan MSD

khusyuknya..


volunteer camerawoman hari itu.. pn Yana..hehe ;)

Aktiviti seterusnya acara beberapa permainan 'rehlah minda' bagi setiap kumpulan yang telah dibahagikan. Penerangan 4 permainan ini diterangkan oleh sdr. Shahrul dan sdr. Nuh. Sempat jugalah saya ambil 2 bahagian daripada acara2 tersebut. Sebagai meriahkan majlis.. ;) kumpulan tersebut dibahagikan kepada 4 iaitu 3 syabab dan 1 akhawat.


sdr Shahrul@ abi hanin beri penerangan tentang permainan

antara acara permainan: spontan! ni dr kumpulan 2

amboi..siap landing2 lagi.. khusyuk dengar penerangan..haha

Selesai acara santai permainan, kami semua menjamu selera dengan makan sate bersama nasi impit, kuah kacang dan timun. Banyak jugalah cucuk sate yang berbaki.. sate ayam dan sate daging..

uwais dan acik Nazz.. lepas makan sate..sukeee..

Lebih kurang pukul 11am lebih, kami semua mula berkemas untuk singgah pula ke Masjid dimana terletaknya di sana maqam Nabi Syuaib A.S. Di sana masing-masing mengambil kesempatan untuk berehat seketika seusai solat jumaat bersama. Kerana masih ada satu lagi program yang kami akan hadiri iaitu majlis open house En Asmat sekeluarga.

Di bawah sebahagian gambar2 santai di kawasan rehat Masjid....




2 orang rakan sebaya yg bijak bergaya dihadapan kamera.. ;) Yaya dan Nisrin

Then lebih kurang pukul 2pm lebih, kami terus bertolak ke rumah En Asmat. En Asmat adalah salah seorang pegawai dari ambassy malaysia di sini. Bertemakan serba merah, ber'canopy', memang nampak meriah ditambah pula selingan lagu2 raya yang dikumandangkan. Selain kami dari Amman, En Asmat juga menjemput student-student dari Irbid, Mu'tah dan Mafraq.

abg hazwan sedang melayan adik faheem.. :)

Menu kali ini ialah laksa johor, bihun sup, nasi kunyit atau pulut kuning bersama kari ayam, lemang bersama serunding daging serta beberapa jenis kuih-muih dan kek buah kukus :) alhamdulillah.. Terima kasih tuan rumah yang sudi menjemput kami semua.. :)

menjamu selera buat kali ke-2.. rezki2..

apalah yang disukakan sangat tuh..

gambar penutup: irfan dan hanin. si kecil sehati sejiwa..alalala comelnya..sedondon lagi.. ;)


sekian. Wassalam..


Note
: semoga open house sebegini mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kita sesama umat islam..
Nak gambar lain, boleh ym kami ye..
insyaAllah kami 'share'kan..
:)

Indahnya Husnu Dzon

Assalamu'alaikum wrt..

Alhamdulillah hari ini saya bersama 4 lagi sahabat yang lain memulakan daurah dalam pelajaran tajwid di Markaz Khansa', Sweileh (berdekatan dengan tempat tinggal kami). Kelas ini akan berlangsung 2 kali seminggu iaitu pada hari isnin dan rabu pukul 10am-12pm. Saya terpaksa tinggalkan uwais sebentar bersama abinya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Saya memang lama nak menimba ilmu ini selain kelas bahasa arab sepanjang saya berada di bumi anbiya' ni. Sekurang-kurangnya ada jugalah ilmu di dada yang saya perolehi untuk akhirat insyaAllah (walaupun banyak lagi ilmu2 agama yang saya mesti tuntut...) Terima kasih hubby atas segalanya dan terpaksa 'cuti'kan untuk ke library hari ini.. ;) insyaAllah mungkin saya boleh kongsikan nanti ilmu tajwid bersama kalian..insyaAllah.. :)


Saya sempat membuka email hari ini.. dan saya amat tertarik untuk publishkan tentang husnu dzon ni.. Saya sebagai manusia, memang tak lepas dari bersangka buruk..astaghfirullah al'azim.. moga sama-sama kita perbaiki diri dan ingat-mengingati..insyaAllah hidup diberkati..


Husnu Dzon [Berbaik-Sangka]


"Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya.Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya,segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).

Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk

sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa

bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. " Q.S Al-Hujuraat : 12

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda : "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang

pendusta. HR. Bukhari

Larangan Berburuk Sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "


-semoga ada manfaatnya bersama, insyaAllah.. :)

Friday, October 16, 2009

Buai laju-laju.. lalalalala

Entry santai utk uwais..

Di suatu petang.. para suri rumah sepenuh masa sweileh meluangkan masanya membawa anak-anak ke taman berdekatan.. Uwais amat suka main buaian.. :)






Dari kiri: Yaya, Nisrin, faheem, Khairi, Irfan dan uwais


Apabila para ibu suri rumah pun rasa nak kuar amik angin.. bawa anak-anaklah pusing2... gembira anak-anaknya.. hihii..si ibu pun pasti gembira.. :D Lalalala..

note: insyaAllah ada masa akan uploadkan gambar dan cerita hari open House PPMAj yg unik..hehe.. penat lagi.. baru balik dr 2 program 'mood raya' yg berbaki.. ;)

Thursday, October 15, 2009

Mengaitkan Gempa Bumi Dengan Nombor Surah dan Ayat al-Quran?

forwarded email:

Gempa di Sumatera

Oleh: al-Ustadz Hammad bin Amir Abu Muawiyah al-Makassari

Tanya:

Bismillah. Ana mendapat risalah yang disebar di masjid yang berisi hubungan antara gempa di Sumatera dengan beberapa ayat dalam Al-Qur`an. Disebutkan di situ: Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam. 8.52. Lalu kita disuruh melihat ke Al-Qur`an surah 17 (Al-Isra`) ayat 16, ayat ke 58 dan surah 8 (Al-Anfal) ayat 52, yang mana ketiga-tiga ayat ini berisi keterangan tentang seksaan Allah kepada kaum yang melakukan maksiat.

Apakah hukum mempercayai hal ini dan menyebarkan berita ini, apatah lagi sebahagian teman menyatakan bahawa berita ini juga tersebar melalui sms.

Jawab:

Pertama sekali, kepastian bahawa kejadian ini adalah seksaan atau azab secara mutlak kepada semua korban adalah hal yang kurang tepat, apatah lagi mengarahkan makna ayat-ayat di atas kepada peristiwa di Sumatera. Hal itu kerana yang maut ramai di antaranya kaum muslimin yang Insya Allah baik agamanya. Seandainya ada musibah yang menimpa seorang muslim, maka itu merupakan ujian baginya dan merupakan penghapus dosanya. Ini kerana seksaan kepada orang kafir dipanggil azab sementara seksaan kepada kaum muslimin dipanggil ujian. Jadi ,musibah gempa di Sumatera ini adalah azab bagi orang-orang kafir yang memang selayaknya menerimanya dan merupakan penghapus dosa bagi kaum muslimin yang meninggal, serta penghapus dosa dan peringatan bagi korban yang masih hidup dan bagi selainnya yang tidak mengalaminya.

Ala kulli hal, menghukum secara mutlak bahawa kejadian ini adalah azab yang diperuntukkan untuk mereka semua, adalah hukum yang perlu ditinjau kembali. Ini kerana pada zaman para nabi sebelumnya, azab hanya menimpa orang-orang kafir dan membinasakan mereka semuanya, wallahu a'lam.

Keuda, anggaplah kita menyatakan itu adalah azab, akan tetapi kita tetap tidak menerima seandainya makna ayat-ayat di atas diarahkan kepada kejadian ini. Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengingatkan di dalam Muqaddimah at-Tafsir mengenai salah satu kesalahan di dalam tafsir iaitu: Menafsirkan sebuah ayat dengan kejadian yang datang kemudia, yang mana kejadian tersebut tidak ditunjukkan oleh lafaz dan makna ayat tersebut.

Sementara di sini, manakah hubungan di antara ketiga ayat ini dengan kejadiannya? Betul di dalam ayat-ayat tersebut disebutkan seksaan dan azab, akan tetapi apakah kejadian ini adalah azab secara mutlak untuk mereka semua? Kalaupun azab, kenapa membataskan hubungan kejadian ini hanya pada tiga ayat, bukankah banyak sekali ayat dalam Al-Qur`an yang menyebutkan tentang azab?

Kami jawab: Hubungan erat antara ayat-ayat ini dengan kejadian di Sumatera -di mata orang yang pertama kali menimbulkan hal ini- adalah di dalam hal nombor surah dan ayatnya dan jam terjadinya gempa bumi. Bukankah ini lebih dekat kepada bentuk dugaan dan ramalan berbanding tafsiran ayat? Orang ini berusaha menunjukkan kebenaran isi Al-Qur`an dengan cara-cara seperti ini, padahal apa yang dia sebutkan tidak ada hubungannya dengan Al-Qur`an kecuali sekadar angkanya.

Isi pentingnya, kami tidak mengingkari penggunaan ayat-ayat ini sebagai peringatan kepada kaum muslimin sekalian akan apa yang terjadi di Sumatera, akan tetapi yang kami ingkari adalah menghubungkan antara keduanya dengan hubungan yang tidak diterima di dalam ilmu tafsir Al-Qur`an, iaitu angka-angka. Seandainya mahu mengingatkan kaum muslimin, maka ingatkanlah mereka dengan semua ayat yang berisi ancaman kepada pelaku maksiat, janganlah hanya terbatas pada ayat-ayat ini dan jangan pula menonjolkan kaitan di antara ayat dan sebuah peritiwa (baik/buruk) dengan sesuatu yang tidak ada hubungannya. Ini kerana membiarkan hal-hal seperti ini berkembang akan membuka pintu-pintu ramalan dan penafsiran Al-Qur`an dengan penafsiran yang tidak dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.

Kembali kepada pertanyaan:

1. Hukum mempercayainya? Oleh kerana tidak ada kaitan sama sekali antara ketiga ayat ini dengan peristiwa di Sumatera, maka tentunya kita tidak mempercayai kalau ayat yang diturunkan 15 abad yang lalu ini merupakan peringatan bagi orang-orang yang hidup 15 abad selepasnya bahawa akan terjadi peristiwa pada jam sekian lewat sekian. Ini kerana sama sekali tidak ada dalil yang menunjukkan hal itu, dan mengaitkannya (melalui angka-angka) adalah perbuatan berkata ke atas nama Allah tanpa ilmu dan itu diharamkan.

2. Hukum menyebarkannya? Tidak boleh menyebarkannya dengan alasan di atas, kerana ia membuka pintu dugaan, ramalan, dan penafsiran Al-QUr`an dengan penafsiran yang salah. Ditambah lagi dia adalah perbuatan membazir harta(kredit sms) untuk hal-hal yang tidak ada manfaatnya.

Sebagai nasihat, hendaklah setiap muslim tidak sibuk dengan hal-hal seperti ini, akan tetapi hendaklah dia mengambil pelajaran dan peringatan daripada apa yang terjadi di sana dan berusaha memberikan bantuan kepada para korban sesuai dengan kemampuannya. Insya Allah ini jauh lebih bermanfaat.

http://al-atsariyya h.com/?p= 956

diedit bahasa oleh Mohd Masri

Monday, October 12, 2009

Ada-Ada Saja Uwais ni..

Along Uwais ni.. ada-ada saja yang nak dibuatnya..

khusyuk pasang 'Lego' nya..

yeay..berjaya..!! tapi bentuk apa tu sayang..? kapal?umah? good Job! ;)

hadiahnya, dapat bergambar dengan 'crown' al-jabri..keh2x.. umi buatkan frem lagi.. hehe

**************************************************

yang ni pula..??


tak tahulah apa yg ada dalam fikirannya.. masukkan barang mainannya dalam baju..macam nak buat aksi Mickey Mouse pakai costum besar tu... ?? uwais..uwais..

Saturday, October 10, 2009

Nur Syifa'

Comelnya Syifa'.. masyaAllah jamiilah..! :)

picture@photoscape v3.4

Ini adalah gambar terkini si Mujahidah kecil, Nur Syifa binti Abd Muhaimin anak sahabat kami yg sudah pun pulang ke malaysia x lama dulu yang dikirimkan oleh umminya kepada saya via MMS ke hp saya.. :)

Messagenya juga menyatakan ibu pada sahabat saya ini yang telah di warded tika hari raya.. alhamdulillah dah bertambah sihat dan sama-sama doakan agar ibunya sembuh cepat, insyaAllah..


Note: Penggunaan Kalimah MasyaAllah..sila lihat sini.. syukran :)

Barakallahu Fiikum.. Asyraff@Khadijah

Picture[credit to razyana] design[ummuuwais@imikimi.com]

Selamat Pengantin Baru Ust Asyraff dan zaujah.. alf mubarak!!

Allahu yubarik 'alaikuma..

- dr Bayt Amzar, Sweileh, Amman :)


Note:Lambat lak wish..hehe.. ;)

Wednesday, October 7, 2009

:: Usah Ditangisi Apa Yang Bukan Milikmu ::

BismiLLAHir Rahmanir Raheem.


DALAM meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.

Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.

Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.

Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”

Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.

Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.

Ameen Ya RABBal 'Alameen.

[petikan dari email seorang sahabat]

jazakillah.. artikel yang membina dan penuh dengan nasihat dan peringatan.. ^_^

Wallahua'lam.

Tuesday, October 6, 2009

Teman Barunya...

Kali ni entry uwais dan Irfan pula..





Uwais bersama teman barunya, Irfanulhakim@irfan... :)


Moga ikatan persahabatan yg terjalin sedari kalian kecil ini berpanjangan hingga usia dewasamu.. menjadi sahabat seperjuangan, meneraju masa depan demi agama, bangsa dan negara, insyaAllah!

main bersama tu elok-elok na.. tak mahu gaduh2 tau.. sama juga dengan kawan2 yg lain.. kena saaayang semua..! ;)

Monday, October 5, 2009

Gambar: Di usianya Setahun 9 Bulan..

Buat gaya bila di depan lensa tanpa disuruh.. ;)





yg ni pula.. entah..main masak2 agaknya kat dapur ummi ni.. datang je kamera, cepat2 duduk berdua..ala-ala bersanding tu.. hehe





eh..malu-malu lak kakak hanin ni.. ;)


ummi sayang kamu..!!


With Love.. always...

ummi

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”