Thursday, March 19, 2009

Sehati Sejiwa

Assalamu'alaikum wrt...

Dah lama sangat tak terupdate blog ni rasanya... baru2 ni saya tak berapa sihat langsung takde mood nak menulis..tambahan sakit pula di pergelangan tangan... memang malas nak meng'update'.

Arini pula hari uwais dan sahabat@kakaknya hanin.. Sehati Sejiwa bak kata mama hanin...pada saya pula dah macam Twin!macam saya dengan kakak kembar saya masa kecik2 dulu.. huhu


tgh diperiksa doktor

Arini mereka berdua demam teruk, panas, malam tadi muntah-muntah bila batuk... sama juga dengan hanin, mamanya message memberitahu hal ini dan tak hantar hanin pada saya hari ini.. oh anak2ku sayang... moga cepat sembuh ye!

Tapi yang menariknya, uwais masih boleh tersenyum dan gelak bila saya pujuk dan bermain ba ba chak dengannya.. masih 'cool' kata orang.. alhamdulillah...

sebentar lagi nak bawa uwais ke Klinik... Doakan mereka cepat sembuh ye!
Syafahumallah fauran!


kedua2 anak beranak lena..si anak lesu sebab demam, si abi lesu sebab kurang tidur..huhu

Sunday, March 15, 2009

Qada masa untuk Uwais



Alhamdulillah.. setelah abinya habis exam pentingnya setelah lbh sebulan berhempas pulas menela'ah pelajaran.. kini Uwais nampaknya semakin ceria dan bahagia sgt2... dapat jalan2 bersama abinya..dapat makan bersama abinya...dapat main2 bersama abinya...dapat manja lebih dengan abinya..

Hari Jumaat lepas hubby bawa kami ke Miles (di Mecca Mall, Amman) dan juga city Mall... ditemani Sahabat karibnya Hanin...











Tengoklah betapa cerianya dia.. alhamdulillah...

Selamat Pengantin Baru

Tahniah...!!! Mabruk...!! buat Abang Am (Mohd Erham bin Ehwan) dan Kak Ita yang sedang melangsungkan majlis perkahwinan pada hari ini di sebelah Pengantin Perempuan. Majlis pernikahan telah dijalankan terlebih awal pada 7 Mac lalu..

Semalam saya call ke Malaysia mengucapkan pengantin baru dan meminta maaf kerana tidak dapat memeriahkan sekali bersama ahli keluarga lain... kata Kak Long mereka akan bertolak ke rumah pengantin perempuan pada pukul 9am pagi tadi... Manakala majlis di sebelah keluarga saya pula akan menyusul pada 21 Mac ni.. Sedih juga kerana tidak dapat pulang melihat hari bahagia sorang2nya abg kandung saya.. :(

Doa dan ucapan dari kami di sini agar perjalanan majlis berlangsung dengan baik dan lancar.. Moga kalian berdua hidup bahagia hingga ke akhirnya dalam lembayung Kasih dan RahmatNya selalu..


Allahu Yubarik 'alaikuma... Selamat Pengantin Baru!!

Friday, March 13, 2009

Aksi-Aksi Si Kecil


Uwais sedang memakaikan tudung kepala buat Hanin



sedikit senaman ringan depan TV


Nak cuba jadi McGyver pulak...


Aksi Terbalikkan kepala di bawah..(kepada adik2, bayi2 dinasihatkan usah meniru aksi ini ye)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”