Monday, February 14, 2011

Wada'an Ya Urdun..

jika tiada pertemuan

pasti tiada perpisahan

jika tiada pertemuan

pasti tiada saling perasaan

jika tiada perpisahan

maka tak kenal erti pertemuan

pertemuan menjanjikan perpisahan

perpisahan membuahkan kenangan

itu semua takdir Tuhan

yang mencatur segala perjalanan

bertemu kita di permusafiran Urdun

dan akan pergi meninggalkan

tapi ia akan terus berkekalan

dalam hati dan ingatan

kerana yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

jutaan kemaafan ku pohonkan wahai teman

atas salah silap dan khilaf

ribuan syukran ku hulurkn tanda penghargaan

atas sokongan, bantuan & ukhuwwah ini

mg kalian terus berjuang dan berjuang

demi mengembara ilmu mencapai cita & impian

Di hati tetap sedih dan pilu

tatkala kaki akan melangkah beredar

meninggalkan bumi Urdun tercinta

yang banyak meninggalkan kesan

pengalaman manis dan pahit telah dirasai

menjadi ingatan dan teladan

pengembaraan ilmu di sini tidakkan pernah berakhir

bekalan menghadapi hari2 mendatang

dalam kecekalan, ketabahan dan keikhlasan

Hanya Allah tempat segala pergantungan harapan..

Salam Ukhuwwah Fillah dan Salam Perjuangan..

InsyaAllah..

ada rezeki, bertemu kembali..

(^__^)


-Bayt Amzar-

3 September 2007-15 Februari 2011


3 comments:

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

semoga terus istiqamah dalam perjuangan apabila tiba di bumi Malaysia insyaAllah. JUmpa di Malaysia, kalau tidak..insyaAllah di syurga. AMeen Ya Rabb

kelisa_samudera said...

dah balik ke malaysia ke?

Unknown said...

Salam..

Hamba Allah..:
insyaAllah... ameen.. :-)

Kelisa Samudera:
ha'ah.. dh di Malaysia sekarang.. alhamdulillah bertemu kembali di bumi kelahiran tercinta.. :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”