Friday, June 13, 2008

Bercuti Musim Panas di Malaysia...

Akhirnya tiba detik itu..detik yang sangat kami nanti-nantikan..detik kegembiraan,detik meluahkan kerinduan kepada kedua-dua belah keluarga yang ingin sekali kami ketemui... lepas solat jumaat ini, kami sekeluarga akan berangkat ke lapangan terbang Jordan untuk pulang ke tanah air tercinta. Waktu penerbangan dijangka pukul 5.20pm dan akan transit di lapangan Doha selama setengah jam dan akan terus ke KLIA. Insyaallah kami dijangka tiba di sana pukul 9.10am selepas 7 jam perjalanan dr Doha. Doakan perjalanan kami semua selamat..Amiin.

so, memandangkan di kampung kami tidak menggunakan khidmat internet, update untuk blog kami akan terhenti sementara waktu.... jangan rindu-rindu...;)

ILALLIQA'...............

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”