Friday, June 13, 2008

Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..

Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

'Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka'.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, 'Driver bas ni dah mampus agaknya.'
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata 'Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.'
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham
suami'. Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,'Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak'
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
'Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?'.][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, 'Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak', maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).'
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita'

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, 'Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya' .

2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.' Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
'Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.' Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

' SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW'

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya dari Tuhannya dia mengetahui...

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."



Kau tahu:

" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."


Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita.
Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!


Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,

supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali..

bukan pada kecantikan luaran semata-mata...


Selami lah hati wanita mu.. dan
ingat lah...,

...Setiap Wanita itu Cantik...

Menyimpan kuku panjang...

Sedikit panduan untuk diri saya dan juga orang lain …(ini email yg saya terima dr seorang sahabat dan saya kira kita blh berkongsi bersama..jika ada tambahan atau komen, amatlah di alu-alukan..tq.)

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

P asal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang .

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya- Al lah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidi na Al i rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidi na Al i iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Al lah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut
a.s.

P erhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias
di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Al lah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

Bercuti Musim Panas di Malaysia...

Akhirnya tiba detik itu..detik yang sangat kami nanti-nantikan..detik kegembiraan,detik meluahkan kerinduan kepada kedua-dua belah keluarga yang ingin sekali kami ketemui... lepas solat jumaat ini, kami sekeluarga akan berangkat ke lapangan terbang Jordan untuk pulang ke tanah air tercinta. Waktu penerbangan dijangka pukul 5.20pm dan akan transit di lapangan Doha selama setengah jam dan akan terus ke KLIA. Insyaallah kami dijangka tiba di sana pukul 9.10am selepas 7 jam perjalanan dr Doha. Doakan perjalanan kami semua selamat..Amiin.

so, memandangkan di kampung kami tidak menggunakan khidmat internet, update untuk blog kami akan terhenti sementara waktu.... jangan rindu-rindu...;)

ILALLIQA'...............

Thursday, June 12, 2008

Jalan-jalan Di Bumi Jordan sebelum Berangkat Pulang ke Tanah air

Alhamdulillah... akhirnya tertunai hajat kami sekeluarga untuk bercuti(rehlah) melawati tempat-tempat pelancongan di bumi Jordan ni... memang penat kerana cuacanya yg agak panas tapi tetap seronok..;) walaupun tak semua tempat dapat kami kunjungi, itu sudah berpuas hati ;) insyaallah jika ada rezki kami akan ke tempat lain pula.. kali ini kami hanya berkesempatan berkunjung ke Jarash (kota lama yg masih kekal ketika zaman pemerintahan Rome dahulu), bahrul maiyit(Dead Sea),Ashabul kahfi cave,Maqam nabi shuaib dan Nabi Musa A.S.. Insyaallah di masa lain kami bercadang ke Petra (antara 7 perkara ajaib di dunia) dan kepada teman-teman di Malaysia khususnya, welcome to Jordan!!..:)


di pintu gerbang kota yg dibina semata-mata untuk menyambut raja Rome yg datang berkunjung ketika itu


antara tiang2 yg masih tinggal


ni replika sebenar bentuk kota rome


rangka bangunan yg msih kekal..


kelihatan tiang yg hampir jatuh...


main gendang dan drum di theatre bergema rome


maqam nabi shuaib A.S



bahrul maiyit...melekit kaki dan tangan kerana kemasinan airnya...


di batu bertulis di ashabul kahf cave

Tuesday, June 10, 2008

Bertasawwuq sebelum pulang ke malaysia


2 hari yang lepas kami sekeluarga telah pergi ke Balad untuk membeli belah sedikit buah tangan untuk abah, kedua-dua mak kami sebelum pulang ke tanah air 13hb Jun ni..:) uwais pun dapatlah jubah dan kupiah serta sepasang baju shirt nya..ummi satu jubah dan abi satu jubah.. x sabar rasenya nak pulang...3 days to go...:)

Monday, June 9, 2008

Selamat BerUmrah..

Alhamdulillah sorang lagi sahabat kami akan mengerjakan umrah tahun ni... buat ummu faheem(kak ina) dan suami Ustaz Mujahid moga selamat semuanya dan dapat mengerjakan Umrah dengan baik dan sempurna. kak ina, jaga diri baik2..untuk baby dalam perut tu juga ye..hihiii... nanti balik, x jumpalah kami..kami dah di Malaysia bercuti..:)



Saturday, June 7, 2008

Lunch sempena sambutan Keputeraan YDPA

Pagi kul 10,7hb jun kami sekeluarga bersama warga Amman menghadiri makan tengahari di Ambassy malaysia Jordan sempena sambutan Keputeraan YDPA, Tuan Mizan. Dari Sweileh kami menaiki coaster yg pihak PPMA sewa untuk menghantar kami ke ambassy. Majlis bermula tepat pukul 11 pagi dan di mulai dengan nyanyian lagu negaraku, Jalur Gemilang. Seterusnya bacaan Doa dr salah seorang penuntut di Jordan dan ucapan alu-aluan dari Duta Ambassy, Datuk Hasnuddin. Seterusnya jamuan makan. Menu: nasi minyak,ayam rendang,acar timun,kuah dal,sate, nasi impit, kueh mueh (apam,kuaci, karipap), buah dan air orange. ni gambar2 selepas bersantap je... x sempat bergambar sebelum tu..;)












Wednesday, June 4, 2008

Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY

**** artikal dr ust zaharuddin Abd Rahman ****

-----------------------------------------------------------------------------------
Sebuah berita menyebut :-

KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.


i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.


ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.


iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.


iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.


v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.


vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.


vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan
ULASAN UZAR :
Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.
Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja.
Peserta mungkin berkata
"Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun"
Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.


Mungkin juga ada yang berkata :-


"Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang "


Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri :-
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 )

Saya teringat pernah menonton "National Geographic" yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau. Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam interview dengan wartawan dokumentasi itu,


"dari 10 kali main, biasnya hanya sekali menang dan 9 kali kalah".


Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim.


Pada 2 Jun (iaitu tarikh bermula peraduan tersebut) saya mula hantar SMS jam 8.30 mlm. Sehingga pukul 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat tersebut lebih kurang 200 SMS. yang di caj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS. Dengan harapan yang menggunung untuk memperolehi kereta tersebut, saya telah melabur sebanyak RM300.

terus terang saya katakan,saya turut menunaikan solat hajat untuk memenangi pertandingan ini. Hajat saya jika menang ialah dapatlah saya ringakan beban saya membayar hutang kereta yang sedia ada, selain dapat menggunakannya untuk buat ibadat (pergi kerja, berteduh, masjid)-- adakah tindakan saya betul ustaz??


Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin ber SMS dan menjawab soalan. Maka, saya telah terperangkap dalam permainan ini.


Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang amat buruk.


Jauhilah darinya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segeralah sampaikan kepada adik beradik, rakan-rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta Camry menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.


Akhirnya firman Allah s.w.t tentang pengharaman judi yang disamakan dengan najis dan kerja Syaitan:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90 )


Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net
3 Jun 2008

Dinner Syabab..jiran sebelah rumah...

Malam semalam kami sekeluarga pergi ke rumah syabab sebelah atas jemputan makan malam mereka sempena meraikan rumah baru mereka yang baru mereka duduki beberapa minggu yang lepas..ini adalah gambar2 sekitar dinner tersebut.. thanks tuan rumah menjemput kami sekeluarga..:)


bersama kak ina, diyana, marwah dan tetamu dr rumah kak ina, amiko dr jepun:)


ummi dan marwah sedang mendengar ucapan aluan dari wakil tuan rumah, saudara ismail..


saudara Ismail..wakil tuan rumah sedang berucap...



uwais bersama 'ammu bujang Mus'ab dan hanin bersama abinya...


anak2 riang bermain bersama...

GAZA: FACTS OF GROSS INHUMANITY

GAZA:FACTS OF GROSS INHUMANITY


2nd June 2008

“The world is witnessing a terrible human rights crime in Gaza, where a million and a half human beings are being imprisoned with almost no access to the outside world. An entire population is being brutally punished.”

Jimmy Carter, The Guardian, Thursday 8th May 2008



· As Israel steps up its human rights violations and SYSTEMATIC breaches of international humanitarian law in the Gaza Strip ALL the basic functions of civilian life have come to a near standstill, including drinking water delivery, sewage water disposal, and garbage collection.


· Access to food, water and medicine is now beginning to hit unborn children and newborn babies.


· The Palestinian Ministry of Health in Gaza records confirms the birth of 9,000 to 10,000 babies in the Gaza Strip every month. Of every 1,000 born, 28 die from malnutrition, anemia and other poverty-related causes. The Ministry has no figures of babies surviving after suffering from malnutrition.


· The premature birth of babies born dangerously underweight is a daily and increasing phenomenon in Gaza.


· The UN agency for Palestine refugees, UNRWA, reported in 2002 that 19 percent of Palestinians in Gaza suffer from anemia. That figure is now estimated by UNRWA to be 77.5 percent.


· Healthcare facilities record a rapid decline in clients attending clinics due to the transportation crisis. Likewise, hundreds of healthcare professionals were unable to reach their work places.


· There are approximately 25,000 deaf and hearing-impaired people in the Gaza Strip, many of whom have no specialist support service. In 1992 the Atfaluna Society for Deaf Children was set up in Gaza to address their needs.


· In April 2008 the Society was forced to close its doors to its 275 pupils aged 4-17 because of chronic fuel shortage.



A LOOMING ENVIRONMENTAL DISASTER


· Millions of liters of sewage are still being dumped into the sea daily. Workers with the Gaza Coastal Municipality Water Utilities, responsible for the sewage, have been recently given 60 bicycles by UNICEF. This is set to become the primary mode of transport for staff.


· The Gaza Strip faces other dangers due to the decreased amounts of fuels necessary to operate sewage systems and their treatment plants.


· There are serious concerns that sewage water may also overflow into populated areas as did actually occur in al-Zaytoun neighborhood in Gaza City in January 2008, or the environmental catastrophe that struck Um al-Nasser village in the northern Gaza Strip in March 2007, which took the lives of 5 people.


· With the onset of summer there is an urgent need to stop the pumping of sewage water into the sea, as many people go to beach during this period.

INDISCRIMINATE KILLINGS

· The consistent use of heavy weaponry in densely populated urban areas of the Gaza Strip accounts for a disturbing number of the deaths and injuries among Palestinian civilians in the Gaza Strip.


· The total number of Gazans killed by IOF since the beginning of 2008 now stands at 420, including 62 children and 16 women. During the same period the IOF carried out 30 incursions into the Gaza Strip. During these incursions, 127 Palestinians were detained; 17 of them are still under detention. Additionally, the IOF razed 372 dunams of agricultural land, and destroyed 15 homes.




· Throughout the month of May 2008, Israel’s Occupation Forces (IOF) killed 77 Palestinians most of them in the Gaza Strip. Of them, 20 were children and one was a woman.



· On 28th April the IOF killed a mother and her four children in Beit Hanoun.


· Since 8th March 2007 (International Women’s Day), 24 women have been killed by IOF, including 5 girls. Since the beginning of the second intifada 288 women have been killed, including 105 girls. Many of these killings constitute grave breaches of the Fourth Geneva Convention, mandating individual criminal responsibility.



· On Wednesday, 7th May 2008, IOF troops raided the house of Majdi Abd al-Raziq al-Daghma during an incursion into the New Abasan district.


· The troops opened the outside metal door, then blew up the wooden interior door. The force of the blast killed 33-year-old Wafa Shaker al-Daghma instantly. They then detained her three children, who had all witnessed the killing of their mother, in one of the rooms of the house. The children, who included a two-year-old, were confined inside the room for the next six and a half hours.


· On Wednesday, 14th May 2008, 15 Israeli tanks entered the village of 'Izbet 'Abed Rabba, west of Beit Hanoun and east of Jabaliya refugee camp, with aerial cover provided by the Israeli Air Force. Upon entry to the village, Israeli ground forces engaged in random gun fire despite not being fired upon. A 17-year-old boy, Hamdi Salemeh Khader, who was riding his bicycle on al-Karama Road was shot twice by machine gun fire from the tanks, killing him instantly. The distance between Hamdi and the tanks was approximately 500 meters at the time they fired upon him.


· Given the fact that the topography of this part of the Gaza Strip is flat and unobstructed by buildings it is inconceivable that the visibility of the tank commanders who were aided with aerial surveillance was in any way impeded. The unarmed boy was however shot.


A RIGHT TO LEARN


· The stoppage of fuel supplies has paralyzed 50% of the educational sector as half the students at all educational levels are unable to reach their schools and universities.

· Educational sector employees have been unable to reach their work after the transportation sector in the Gaza Strip has grounded to a halt.


OUR CALL


· PRC is monitoring with utmost concern the deteriorating economic and social conditions caused by the siege of the Gaza Strip.


· PRC draws your attention to Israel's continuing disregard for the customary international humanitarian law principles of distinction and proportionality.


· PRC calls upon High Contracting Parties of the Fourth Geneva Convention (FGC), in particular the British government and member States of the European Union, to implement the principle of universal jurisdiction over grave breaches of the Conventions in the Gaza Strip.



· PRC calls upon the international community to end the COLLECTIVE PUNISHMENT of the Palestinian civilian population in the Gaza Strip.


· PRC calls upon the High Contracting Parties of the FGC to ensure the immediate flow of the supplies of fuels, foods, medicines and other goods into the Gaza Strip in accordance with international humanitarian law and human rights law.


· PRC reminds the Parties of their common obligation under Article 1 of the FGC to respect and respect and ensure respect for the Convention in all circumstance; and their obligation under Article 54 of the Protocol, which rules the “starvation of civilians as a method of warfare is prohibited.”


"My message to the international community is that our silence and complicity, especially on the situation in Gaza, shames us all. It is almost like the behavior of the military junta in Burma."

UN Special Envoy, Archbishop Desmond Tutu, Middle East Times, 29th May 2008,



PREPARED BY: The Palestinian Return Centre, London,

21 Chalton Street

London, NW1 1JD

Tel: 0207 1216180

Email: Prc@prc.org.uk

Website: www.prc.org.uk



SOURCES:

* Al Mizan Center for Human Rights – Gaza
* The Palestinian Centre for Human Rights – Gaza
* UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs in the Occupied Palestinian Territories – OCHA
* Al-Haq - the West Bank affiliate of the International Commission of Jurists - Geneva

-------------------------------------------------
Moga Allah memberi kemenangan buat Pejuang2 Islam Palestin!!! Amiin..

Sufi - Damasutra (lirik lagu yg di beri oleh seorang sahabat)

~SUFI~
Sufi selangkah tirai kasihmu kubuka,
Engkau serahkan cinta,
Hingga dirimu tiada,
Kasih sufi,
Kau rela pilih derita di dunia,
Biar rebah dihina,
Kau tak berubah.
Kau menguasai selautan yang tersembunyi di genggaman,
Nafi dan isbat kau sandingkan,
Sebagai tali pegangan,
Sufi,
Kau hilang di pandangan,
Ada di dalam keni’matan,
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah.
Andai tertutup tirai sufi,
Yang terang tidak Nampak terang,
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Monday, June 2, 2008

Lagu-lagu kegemaran Uwais setiap hari...



suatu petang ketika jalan2 kawasan sweileh ni bersama Abi dan uwais, kedengaran suara kanak2 pulang dari sekolah bernyanyi2 lagu kanak2 yg kini meniti di bibir anak2... seperti mana kata ummu faheem sweileh lah... antaranya lagu Baba Telephone, Alaab El Jiran,asnani wawa, marrah tholla'na dari group toyur al jannah... dan sejak masuk 5 bulan umur uwais, ummi setiap pagi akan pasangkan tv switch on qanah Toyor al jannah melalui satellit Nilesat Jordan.. Uwais pun nampaknya gemar mendengar...terus matanya tuju ke TV bila dengar lagu2 yg dipusingkan... lagu2 kanak2 ini sarat dgn message berguna dan ummi fikir bagus untuk anak2 dengar... ni antara lagu yg digemari... bukan uwais saje malah ummi dan abinya..heheee...;) terpikir juga untuk beli cd, kaset atau dvd untuk di bawa pulang ke malaysia 13 jun ni... kot2 blh kenalkan disana heee...

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”