Monday, April 13, 2009

:: 10 Wasiat Buat Isteri Solehah ::

~Wasiat Pertama: Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat


~Wasiat kedua: Berupaya mengenal dan memahami suami



~Wasiat ketiga: Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik



~Wasiat keempat: Bersikap qana’ah (merasa cukup)



~Wasiat kelima: Baik dalam mengatur urusan rumah, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah istri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


~Wasiat keenam: Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.



~Wasiat ketujuh: Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan duka cita dan kesedihannya.



~Wasiat kedelapan: Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaanya.



~Wasiat kesembilan: Menyimpan rahasia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya).



~Wasiat terakhir: Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan-kesalahan.


.'. Sila Baca Selanjutnya di http://almuslimah.wordpress.com/

Saturday, April 11, 2009

:: Diam dan Kebodohan ::

Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/
Sebahagian ulamak mengatakan di dalam diam itu terdapat 7 ribu kebaikan, yang terhimpun dalam 7 kalimat :

1. Ia adalah ibadah tanpa susah payah.
2. Perhiasan tanpa intan permata.
3. Kewibawaan tanpa kekuasaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Tidak perlu meminta maaf kerana salah berbicara.
6. Memberi istirehat bagi Kiraman Katibin
7. Menutupi aib yang dapat timbul kerana banyak berbicara.

Sedangkan kebodohan itu mempunyai 6 ciri :


1. Marah tanpa alasan yang tetap.
2. Berbicara tanpa manfaat
3. Memberi tidak pada tempatnya.
4. Membukakan rahsia kepada siapa sahaja.
5. Percaya kepada setiap orang.
6. Tidak mengenal siapa kawan siapa lawan.

~ Astaghfirullah al'aziim..~

Friday, April 10, 2009

:: Bundle oh Bundle ::

Suq Jumaat, 'Abdali...
Pusat Jualan barangan terpakai@musta'mal@bundle..
Kebanyakan baju2@seluar2 harga 1JD dan kasut2 rata2 2-3JD sepasang..
saya cume carikan baju kemeja dan seluar buat anakanda uwais..musim panas@swaifiy dah masuk..cari baju yg sesuai untuknya pada musim panas ni.. jenama Oshkosh Bigosh/aloha banyak jumpa! masih baik.. :)





aksi pembantu jualan sukarela.. ;)

Thursday, April 9, 2009

:: Tag From Mr Pres! ::

Assalamu'alaikum wrt...

Bila tak buka je blog sehari ada pulak yang sudi nak mengtag saya... kali ni datangnya dari 'bapak President PPMAj..saudara Hyeree.. jawablah juga.. ;) terima kasih ye 'Bapak Pres! '(ikut ayat Aimira) :D


1.anda rasa anda hot?
Hot?? Hotmail?Hotlink?Hot FM? haha.. hotlah jg bila mkn makanan pedas2 sgt@panas2 & bila uwais buat hal..keh3x

2.upload gambar kegemaran anda?







3.kenapa anda suka gambar ini?
uwaaa... dah lama tak makan...kat sini xde.. nak balik Malaysia..Ara, ko poskan ke sini blh tak agaknya? huhu :p

4.bila kali terakhir makan pizza?
2 minggu lepas..buat sendiri..jamu org jg..hehe..

5.lagu terakhir yang anda dengar?
Lamma Nastasyhid.. dimah basyar & muhammad basyar..-furqah Toyor al Jannah

6.apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
lihat perkembangan terkini di Malaysia.. memasaklah pulak... lalalala

7.selain name sendiri,anda suke dipanggil dgn nama apa?
sayang-dr hubby,ummi-dr uwais, cik ayu@atam-dr anak2 buah,
8.tag lagi 6 org?
-K.Shila (Aniswardah)

-K.Ina

-K.Yana

-Firjah

-Akma

-Huda

9.siapa no.1 pada anda?
Kakak,sahabat,my ex iium collegue,ummu ammar...kan kak shila comel? hehe

10.org no.3 ada hubungan dgn sesiapa?
opps! off courselah...her husband.. dgn Allah lagi pasti!! kan bapak pres? ngeh3x..

11.kata sesuatu mengenai org no.5?
Tak boleh usik dan kacau dah.. ;)

12.bagaimana pula org no.4?
kami byk jg persamaan.. isteri,guru,anak.. my ex iium collegue
13.pesanan kpd no.6?
ciumkan untuk nuha anessa yg cute!

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”