Friday, August 29, 2008

HAPPY BIRTHDAY UMMI....;)

Selamat Ulangtahun kelahiran ke 27 tahun buat Ummi tersayang...
with love dari: Abi dan Uwais Amzar..
MG KASIH SAYANG KITA BERSAMA TETAP UTUH DAN DIRAHMATI ALLAH SELALU...Amiin.

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum wbt.

Sempena menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak yang membawa berkah kepada umat Nabi Muhammad SAW, saya; Najib Jaffar, isteri Suhayu Ehwan dan anak Uwais Amzar memohon maaf kepada semua yang sudah menjadi sahabat kami di dunia ini dan akhirat. Andai ada kata yang mengguris, andai ada perbuatan yang menyakitkan, andai ada keluhan yang tidak kedengaran. Maafkanlah kesilapan kami. Mohon sampaikan salam kami kepada keluarga dan sahabat yang lain.
Semoga kita masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan mulia untuk umat Nabi Muhammad SAW pada tahun ini, insyaallah.

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”