Tuesday, November 16, 2010

~SaLaM Eid AdHa.. Kullu 'Am Wa Antum Bi Alfi Khoir~

تقبل الله طاعتكم
وكل عام وأنتم بخير


My heroes on their First Day raya Adha ... together.. abi will back from Makkah on saturday InsyaAllah...:-) tunggu nak raya dengan abi lak... Kullu 'am wa antum Bi alfi khoir..

Wednesday, November 10, 2010

Cucu Atok Ehwan ke-14

Ahlan wasahlan cucu atok ehwan yg ke-14.. kali ni girl pulak.. dalam masa yg singkat, Munzir dah dapat cousin baru.. satu batch lagi..(^-^)

alf mabruk buat kakak kembar ummi, Suhana dan suami, Ahmad Zakhran atas kurniaan anugerah terindah anakanda kedua... dah dapat sepasang mereka... alhamdulillah...

Baru dapat message td dari walidnya mengatakan baby keduanya juga melalui c-section seberat 3.1kg..tarikh 10-11-10.. erm.. lebih kurang je no tarikh lahirnya dgn Munzir.. ;-)


Sunday, November 7, 2010

Abg uwais jaga Adik Munzir tau..!

Alhamdulillah... hari ni dah genap seminggu Munzir Zayyan ke dunia...

Gelihati tengok gelagat abg uwais nya menjaga adik kesayangannya ni...

Baby Munzir menangis je, cepat2 bagitahu ummi.. baby nak susu umi..baby nak susu umi..!! huhu..

Umi lambat sikit, abg uwais cuba pujuknya dari menangis.. abgnya letakkan mainan toy nya (qittoh & arnab) atas adiknya... (aksi spontan agaknya yg dia pikirkan boleh pujuk adiknya senyap).. Umi tengok2 adiknya senyap lak.. rupa-rupanya dia letak sume mainan toy nya atas adiknya dan letak tutup telinganya pada telinga adiknya... adiknya terus terlelap lak tuh.. hehe.. umi pun pujilah abg uwais.. wah... pandainya abg uwais pujuk adik... alhamdulillah.... :)



muka bangga abg uwais dapat pujuk adiknya dari tangisnya... hehe..

Mak Lang Fiszah bersama Munzir Zayyan... jazakillah kathiran jazaa' buat Mak Lang banyak ringankan kami sekeluarga dan sanggup datang sini membantu kami.. semoga sebaik-baik ganjaran Allah kurniakan buatmu.. :)

Wednesday, November 3, 2010

ِِAhlan Wa Sahlan Munzir Zayyan


Munzir Zayyan: Munzir=yg memberi peringatan, Zayyan= Jamil Jiddan (^-^)

Alhamdullilah saya telah selamat melahirkan anak ke-2 (putera) saya pada 01.11.10, pada pukul 10.30 pagi (waktu Jordan) bersamaan 4.30 petang (waktu Malaysia) seberat 3.25kg. Semoga anak yang dilahirkan menjadi hambaNya yg taat, yg memberi peringatan ke arah kebaikan dan kesabaran, anak yang soleh, yang berbakti kepada ibubapa, agama & negara. AMIN.


my heroes in my wonderful life... ^-^

Alhamdulillah.. abang uwais dh dikurniakan seorang adik.. buat peneman dan kawan sepermainannya nanti .. abg uwais setakat ni,umi tengok dia dapat terima kehadiran orang baru dalam keluarganya.. syukur.. banyak bantu umi.. excited dia dapat adik ni.. moga kalian membesar bersama dalam lindungan dan rahmat Allah selalu.. jadi anak2 yg soleh, taat pada Allah, Rasulullah, umi abi, agama.. berkasih sayanglah kalian dalam membentuk satu keluarga yang bahagia, aman dan mawaddah! amiin... :-)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”