Sunday, July 19, 2009

:: Majlis Memperingati Israk Mikraj ::

Assalamu'alaikum wrt..

Salam rindu buat semua...
(lama sungguh blog ini sepi tanpa entry terkininya ;) )

Sekali lagi pihak PPMAj mengadakan satu forum sempena memperingati Isra' Mikraj pada Jumaat lepas (17hb Julai 2009) selepas solat jumaat bertempat seperti biasa di Bayt Hanoun.

Dan juga seperti sebelum ini, kami pihak akhawat (para ibu kecuali Miss Timb Pres) ditugaskan untuk sediakan juadah makanan tengahari buat para hadirin yang datang. Program masak-memasak dimulakan seawal pagi. Alhamdulillah, semua kerja jadi ringan apabila semuanya mantap dalam memberikan kerjasama. hihii.. (tahniah!) Alhamdulillah juga saya dapat bersama-sama kalian (sedangkan kalau di rumah, bau saja masak2 ni dah tak boleh tahan..) sungguh Allah Maha memberi rahmat..!


Forum kali ini bertajuk : "Peranan Solat dalam membina dan membentuk peribadi Muslim"

Dengan Tema : MENYINGKAP TABIR DI SEBALIK ISRA' & MIKRAJ

Majlis dipengerusikan oleh Ust. Syed Helmi dan Ahli Panelnya terdiri daripada :

1. Ustaz Fakhrurrazi

2. Ustaz Wan Yusrizal

3. Ustaz Mohd. Najib Jaffar

Forum ini mengupas tajuk bagaimana dengan Solat itu sendiri, dapat malah mampu membina dan membentuk peribadi setiap muslim itu ke arah yang positif, yang lebih baik dan mulia. Dimana dengan rahmat dan petunjukNya menghindar mereka daripada melakukan perkara-perkara mungkar kepada Allah SWT. Ustaz Razi menjawab soalan khusus kepada makrifatullah, ustaz Yus pula lebih kepada Falsafah Solat itu sendiri manakala Ust najib lebih berkisar kepada soalan umum tentang solat. Dengan pengerusinya yang bijak menarik hadirin yang hadir, buat majlis ini tak lekang dari bosan dan mengantuk.. ;) Para Panelnya pun tak kurang menariknya.. :)



Selepas tamatnya Forum, kami semua menjamu selera makan tengahari. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada para ahli panel dan moderator serta kepada mereka yang telah khirij iaitu Ustaz Muhaimin, ustaz Mahyuddin, Ustaz Razi dan juga Ustazah Wahida. Akhirnya satu persembahan istimewa daripada ketiga-tiga ustaz yang akan khirij. Wah.. bakat2 terpendam sungguh mereka ni! suara dah ada.. ;)



Majlis yang sederhana tapi cukup meriah dan bermanfaat kepada semua insyaAllah.. tahniah buat PPMAj atas usaha penganjuran majlis sebegini. Moga terus mantap dan dinamik! :)



Tak lupa juga kepada tuan rumah (En Shahrul dan Pn Marwah) atas jasa baik selalu sudi mengadakan majlis2 di rumah mereka. Moga Rahmat Allah sentiasa bersama kalian.

Mungkin video untuk forum tersebut boleh dilihat pada blog PPMAj (kalau mereka uploadlah) hii

Ok, wassalam.

Monday, July 13, 2009

:: ISTANBUL & CAPPADOCIA ::

Assalamu'alaikum wrt..

Untuk Entry Istanbul dan Cappadocia ni, saya terpaksa link kan saja dari sahabat2 saya yang sama berjaulah baru-baru ini. Saya kongsikan sedikit gambar2 sepanjang di sana.. Link dari Kak Ina dan adik Zulaikha.. :) Keadaan diri sekarang tidal mengizinkan saya menghadap lama di depan pc.. huhu

ISTANBUL
Destinasi yg kami tunggu2 dan pastinya meninggalkan kenangan yg sangat manis. Bandarnya yg sangat bersih dan menarik, buat saya tidak akan lupa selamanya. Kami di sini selama 3 hari 2 malam. paling lama berbanding bandar2 lain yg kami singgah. Banyak tempat sejarah yang kami lawati tinggalan Islam Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika dahulu.. Turkey sememangnya terkenal dengan masjid-masjid sejarah yang banyak. sangat senang dan mudah bertemu masjid dimana-mana bahkan ianya hanya berdekatan saja antara masjid-masjid disana. Banyak pengalaman dan pengajran dapat diambil hasil dari peninggalan-peninggalan sejarah ini. Boleh lihat di mana runtuhnya kerajaan Uthmaniyyah dek kerana hanya dikuasai oleh harta kekayaan dan materialistik semata-mata.

Saya amat ternanti-nanti untuk ziarah maqam Sultan Muhammad Al-fateh yang saya banyak dengar kisahnya dari salah satu blogger sebelum ini. Saya mula tertarik untuk kenali beliau. Seorang pemuda yang berjaya menawan Kota Istanbul tika usianya masih awal 20-an. Dan mangkatnya beliau juga pada usia yg sangat muda, iaitu pada usia 27 tahun. Seorang yang amat berani dan bijak saya kira. ceritanya di sini..


Maqam Al-Fateh

Selain itu, kami juga sempat lawat masjid Sultanahmet atau Masjid Biru (Blue Mosque). Memang teruja lihat masjid ni lebih-lebih lagi pada waktu malam. Lagi tempat, Grand Bazaar, Spice Bazaar, Eminonu, naik feri rentas laut Bosphorus, naik cable car, Topkapi Palace, Muzium Ayasofea etc.. Cerita selanjutnya boleh tengok di blog Zulaika.... (thanks ika) dan di sini..

Blue Mosque

Hadapan Blue Mosque

Kapali Carsi (Grand Bazar)

Dalam Topkapi Palace

Spice Bazar


Selat Bosphorus

bergambar atas puncak



Erm, kalau ada rezeki kami nak ke sini lagi.. ;)

CAPPADOCIA
Di Cappadocia kami bermalam di Hotel Nature Cave park selama satu malam saja. Tempat ini terkenal kerana keunikan bentuk muka buminya yang mungkin tidak terdapat di tempat lain.Kami dibawa ke tempat tersebut oleh tourist guide Turki.

Cappadocia juga bermaksud The Beautiful of Horses. Sejarahnya boleh di baca di sini.. dan di sini..

Boleh baca selanjutnya di laman K.Ina.. (thanks k.ina)


Actually saya dah buatkan satu video klip utk kembara Turkey ni tapi disebabkan tak dapat di upload di youtube (terlalu pjg saya buat..hiii), malanya tak dapat saya publishkan di sini.. ;)

Sunday, July 12, 2009

:: IDAM ::

Idam.. perkara biasa bagi yang di awal pregnant.. Saya juga tak terlepas.. Kalau hari-hari yg lepas, saya idamkan makan nasi putih panas bersama ayam goreng dan kicap manis malaysia, rasa nak makan sosej cicah sos thailand, hari ni saya idan pula makan buah bersama kuah rojak! huhu..

pagi tadi saya gagahkan juga ke dapur untuk buat kuah rojak saya tu! (resipi sendiri) hihii.. tengaharinya saya potong buah epal dan makan bersama kuah rojak tu! Kuar rumah jap (kebetulan bawang dah abis nak masak utk lunch), saya beli sekali buah pear muda! potong, campur sekali dalam kuah rojak! yum2x.. alhamdulillah.. walaupun idam tapi setakat ni saya boleh lagi menahannya especially bila idam makanan Malaysia yg takkan dapat di sini..huhu.. sambal tempoyak, ulam2 raja etc.. sabar ye ummi.. ;)

Kalau nasi, saya tak berapa selera sebenarnya nak makan sekarang. nasi arab ke nasi Malaysia ke.. ntahlah..tapi terpaksa juga ambil sebabnya nanti perut masuk angin, gastrik pula.. saya lebih suka makan mee2 basah.. macam mee bandung, rebus, laksa, tomyam, sup etc.. Pening loya kali ini pula lain sedikit dari tika saya mengandungkan uwais dulu..

Saat-saat begini, menuntut pengorbanan dan kesabaran sang suami tercinta dalam urusan rumahtangga.. banyak kerja-kerja harian saya terganggu kerana masalah kesihatan ni. Hubby lah yang banyak membantu dalam segala kerja rumah.. Dalam detik2 begini sememangnya menuntut nilai "ta'awwun"(bantu-membantu) suami isteri demi urusan rumahtangga berjalan baik.. Moga Allah membalas sebaik2 balasan buatmu..

Alhamdulillah hubby dah mula rajin ke dapur, memasak untuk kami.. (saya bantu juga sikit2) saya tak boleh bau wap nasi, bawang seumpamanya ketika ini.. Sambil2 tu saya ajar sikit2 apa yang hubby kurang tahu untuk masak menu tertentu.. (kiranya saya dah dapat rasalah masakan dari air tangan suami sendiri..:) erm, boleh tahan..:D mungkin semangatnya untuk memasak semakin bertambah bila termasuk dalam group yg menang Iron Chef Amman baru-baru ni.. hihii.. chayok2x abi!

Saturday, July 11, 2009

:: Lama Uwais tak Bercerita ::

Assalamu'alaikum semua..

erm, dah lama kan uwais tak cerita kt blog kami ni.. Sejak balik Turkey bulan lepas, mood nak hadap pc kurang.. Tambahan Ummi lak sedang melalui 'saat awal' dalam minggu-minggu pregnant ni. Sian Ummi.. Semalam Ummi sangat tak berdaya. Kejap-kejap ummi baring, kejap-kejap ummi duduk.. Sampai ke malam, ummi baru nampak bertenaga sikit..Alhamdulillah.

Uwais kesian dengan ummi, uwais tidur sendiri tapi cuma minta ummi peluk sambil tepuk dan nyanyikan zikir hasbi rabbi jallallah.. :) Selalu uwais mesti nak ummi susukan uwais dulu sebelum tidur, tapi sejak Uwais dah nak dapat adik, Uwais dah tak harap sangat dah..asal ummi atau abi buatkan susu botol, dah cukup uwais boleh tidur sendiri.. :)
Ummi kata pada Uwais, "along (panggilan utk uwais sekarang) dah nak ada adik..so, along kena belajar tidur sendiri, kena pandai dah belajar bawa diri.." InsyaAllah ummi! :D

*************************************************
Erm, musim panas ni, memang sangat uwais suka! sebabnya uwais dapat makan buah-buahan segar pelbagai jenis! Memang diketahui bumi syam memang amat subur tanahnya sejak dahulu lagi.. Jordan termasuk dalam negeri syam.. terbaru uwais makan tu namanya buah ka'kah. macam nama kek (dlm bahasa arab) juga..bentuknya pun seakan kek, agaknya sebab tulah namanya ka'kah.. Best buah ni. rasanya seakan buah durroq tapi lebih manis dan lemak berbanding durroq!


Lagi satu buah ni tak tahu namanya..baru-baru ni dapat dari tuan rumah kawan abi.. yum..manis sangat dan ranum! buahnya macam prun tu tapi masaknya warna kuning! memang fresh lah sebabnya dipetik dari tanaman tuan rumahnya sendiri.. kira namanya dalam kategori summer yellow lah kot..


***********************************
Lagi gambar2 uwais bersama buah-buahan kegemaran.. Love Fruits!! :D


Lumba makan tembikai dengan ummi di MEKAR! haha

****************************************************************

Abi belikan buah anggur yg tiada biji je. So, uwais boleh makan sekali!
Kami sedang tunggu buah delima (rumman) dan buah Tin sekarang ni. belum banyak jual lagi di sini..

***********************************************************************

Kelmarin ikut ummi dan abi pergi University Al-Bait, Mafraq. Ada program MEKAR bawah MPPMJ. Abi jadi salah seorang hakim untuk debat bahasa melayu bersama ust razi dan ustzh hasliza. Mulanya ummi yang diundang jadi hakim, tapi ummi pujuk abi yg jadi sebabnya ummi fikirkan uwais dan 'morning sickness' ummi tu. ;) Dan juga Ummi dan Uwais dah dapat jumpa juga akhirnya kakak Ainul (irbid) yg br pulang dr Jelajah Europe tu:)
Uwais sempat tolong kakak2 committee susun air mineral dalam dulang ;)
********************************************************
Ha, semalam kat rumah dah dapat semula channel favourite uwais dulu (toyor al jannah)! Abi belek2 channel semalam, tengok2 ada banyak channel baru tambah di NileSat kami. Jazeera atfal dan Nikelodeon pun ada! Tak payah dah abi g kedai satellit minta tukarkan taradud (frequency) channel tu. ;) alhamdulillah.. mulalah uwais khusyuk tgk toyor al jannah lagi2 banyak dah lagu baru..hihii..

tengah khusyuk tu dengar lagu ya ahla balad (lubnan)


*******************************************************

ok, sampai sini dulu. jumpa lagi!! ummi nak taip lak..hihii.. (yelah tu..ni pun ummi yg taipkan..:p)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”