Tahniah buat k.Yus dan Abg Zul sekeluarga atas kelahiran puteri (anak ketiga) pada 3.3.10 yang lepas di Hospital Esraa', Amman, Jordan. Dengan kelahiran ini bertambah lagi warga Melayu di bumi Sweileh ini.. Nama Maeys telah diberikan secantik wajah yang dikurniakan.. moga menjadi anak yang solehah, berjasa buat agama, bangsa dan negara, insyaAllah..
Maeys masih lena tika abu uwais mendukungnya.. ;) so cute!! tengok gambar ni, mukanya mirip abgnya yg kedua, Aiesh pula.. Dan sebentar tadi saya dapat berita gembira juga dari bumi Malaysia.. Adik Arfah baru sahaja melahirkan anak kedua mereka.. Kali ini dikurniakan pula seorang putera.. nama belum ditetapkan.. Moga2 menjadi hamba Allah yang terbaik, cemerlang dunia akhirat, insyaAllah.. :) Tahniah buat adik Arfah dan Ust Ridha sekeluarga!!
No comments:
Post a Comment
Bayt Amzar amat menghargai bicara kalian.. jazakumullah khairan kathira.. :)