Thursday, April 30, 2009

:: 'JANGAN' untuk KEBAIKAN & PERINGATAN ::

Bissmillahirrahmanirrahim...

~ Peringatan Untuk Diriku yang Sering alpa..~



-Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.




-Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).




-Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.




-Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


-Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


-Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


-Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


-Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


-Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


-Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

-Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


-Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita...


-Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


-Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


-Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.



ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

No comments:

Post a Comment

Bayt Amzar amat menghargai bicara kalian.. jazakumullah khairan kathira.. :)